Thursday, September 15, 2005

Amalan-amalan di Hari Raya

Amalan-amalan di Hari Raya


Amalan-amalan yang digalakkan di pagi Hari Raya adalah seperti berikut:


1. Malam 1 Syawal dikenali sebagai "Lailatul Jiziyah" (malam
pengurniaan
hadiah). Muslimin dan muslimat digalakkan menghidupkan malam dengan
bersolat malam (tahajud, hajat etc), berdoa dan beristigfar . Dikatakan
Nabi sa.w akan mengejutkan ahli rumah termasuk anak-anaknya untuk
'menghidupkan' malam tersebut dengan beribadat.


2. Pada pagi 1 Syawal adalah digalakkan mandi sunat Hari Raya. Semasa
mandi
disunatkan
a. Membaca Bismillahirahmanirrahim
b. Berwudhu sebelum mandi
c. Menggosok badan dengan tangan
d. Menyilang rambut dan celah-celah anggota
e. Mulai membasuh kepala dan anggota disebelah kanan dahulu
f. Meniga-kalikan pembasuhan anggota badan
g. Beriring, yaitu tidak lama waktunya diantara membasuh
sebahagian
anggota di antara yang lain


3. Memakai pakaian terbaik (tidak semestinya baru) tetapi yang baik dan
kemas di Hari Raya


4. Makan berberapa biji kurma sebelum Solat Hari Raya Eidul Fitri.
Hikmahnya agar tidak disangka pada hari itu wajib berpuasa. Dari Anas
r...a
ia berkata " Rasulullah s.a.w tidak pergi pada Hari Raya fitrah
sehingga
beliau makan berberapa biji kurma". (Bukhari).


Dari Ibnu Buraidah dari Ayahnya ia berkata: " Rasulullah s.a.w tidak
keluar
pada Hari Raya Fitrah sehingga beliau makan. Dan beliau tidak makan
pada
Hari Raya Qurban sehingga beliau mengerjakan solat. (Ahmad & Tarmidhi).
Nota: Pada Hari raya Qurban disunatkan solat Hari Raya sebelum makan.


5. Lelaki dan Wanita digalakkan pergi ke masjid/tanah lapang (tempat
Solat
Hari Raya).
Dari Ummi Athiyah r.a. ia berkata: "Kami di perintah mengeluarkan
remaja-remaja putri dan wanita-wanita baligh pada dua Hari Raya agar
mereka
menyaksikan kebaikan, dan berdakwah kaum muslimin, tetapi wanita-wanita
haidh agar mnenjauh dari tempat solat".


6. Berjalan kaki menuju ke masjid agar lebih banyak langkah dan
kelihatan
syiar Islam
Dari Ali r.a ia berkata " Termasuk ajaran sunnah keluar ke tempat Solat
Eid
dengan berjalan kaki" (Tirmidhi)


7. Pastikan anda telah membayar zakat fitrah bagi diri dan keluarga.
Lebih
afdal membayar fitrah di tempat dimana anda tinggal.


8. Setelah tiba di masjid, kerjakan Solat Tahyatul Masjid dan kemudian
diulang-ulangkan bacaan takbir raya dengan mengeraskan suara sehingga
tiba
waktu solat.


9. Solat Hari raya dimulai dari terbit matahari sampai tergelincirnya.
Solat Hari Raya hukumnya Sunat Muakkad bagi laki-laki dan perempuan,
bermukim atau bermusafir. Boleh dilakukan sendirian dan sebaiknya
dengan
berjemaah.


10. Pergi/balik ke masjid megikut jalan lain.
Dari Jabir r.a. ia berkata " Rasulullah s.a.w di waktu Hari Raya
mengambil
jalan lain". (Bukhari)


11. Menunjukkan perasaan rasa suka ria di Hari Raya dengan mengunjungi
saudara-mara dan taulan.



Sarina bt Ismail,
Technical Services Dept,
Tel : 09-8312066

No comments: