Friday, December 09, 2005
Thursday, November 24, 2005
Petikan kata-kata orang ke 7 terkaya di Malaysia
Profail orang ke-7 terkaya: Sila lihat di penghujung artikel ini
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.
Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Latar belakang orang ke-7 terkaya di Malaysia:
* Nama - Syed Mokhtar Al-Bukhary
* Umur - 53 tahun
* Pendidikan - SPM
* Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
* Kekayaan -RM1,425 juta
* Ke 7 terkaya di Malaysia
* Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
* Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
* Kereta - Proton Perdana
* Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
* Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
Berita/Artikel ini adalah suntingan
Monday, October 17, 2005
Renungan... sesungguhnya mati itu benar
Sebak dada bila membaca cerita ni....but its good ... Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah...renungan bersama di bulan yg mulia ini..........
Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat diatas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu keretaayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa
orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh.nafasku sesak.
Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucap sayang, mengucap .......Asyhaduallailahaillallah........." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendod oikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.
"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai.
"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.
"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".
Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah. "Abangkah yang bersuara itu? kaulafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.
"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu, kau hanya mampu mena ngis saja. dan kila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkan lah daku.
"Yassin......".bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut......
Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah aku,aku takut".
Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".
"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan Islam, matilah dalam
agama yahudi.....". Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku. matilah dalam agama nasrani
Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi?? Kenapa kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??"Mengucap syg,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.
Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". manusia- manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya paying hijau,katanya"Mari ikut kami". cahaya putih datang.datang kilatan hitam.
Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang . "Apa ini,apa ini?. Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah.......". Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".
"Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini. rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.
Tanpa dipedulikannya...... jijik, loya, aku rasa........teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal aku?". "Tidak,jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji..........". Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah kudengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita dialam barzakh nanti.
Oh!Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apaini????? "Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas....panas........".
Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.
Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".
Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya ditanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!". Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan.
Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan. "Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!
THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH..... "SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT." "Setiap yang hidup, pasti akan menemui mati"
Ingat mengingati antara satu sama lain, ialah tanggungjawab kita seagama...Tiada yang lebih baik daripada mengingati mati...
Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.(Hukama)
Sunday, October 16, 2005
Persediaan menyambut Ramadhan Al Mubarak 1426Hijrah
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)
Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)Sahur di waktu akhir
11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12)Mandi Janabat sebelum Imsak
13)Kurangkan tidur
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)Tunaikan Solat Dhuha
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)Tunaikan solat Rawatib
18)Jaga pacaindera
19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20)hadiri majlis ilmu
21)Buat baik pd ibubapa
22)Isteri hendaklah taat pd suami
23)Banyakkan bersedekah
24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25)Berbuka bersama org tua
26)Jemput tetamu berbuka
27)Kurangkan berat badan
28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)Baiki hubungan suami isteri
30)Baiki hubungan jiran
31)Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
32)Elakkan berbelanja berlebihan
33)Kuatkan kesabaran
34)Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37)Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42)Melazimkan solat waktu
43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)Elakkan banyak berhutang
45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46)Tunaikan zakat fitrah
Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang :
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas
3)Bagi orang yamg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran
NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik
Cara Sambut Hari Raya
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan,Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal (sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah dicadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.
Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita
Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.
Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesam manusia.
Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.
*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). InsyaAllah cuba amalkan.
Wallahua'lam.
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
Tuesday, September 20, 2005
Susuk memakan diri
PENGAMALAN tahyul di kalangan orang Melayu telah diwarisi sejak turun temurun malah ia sinonim dengan amalan sesetengah masyarakat di Indonesia.
Meski jelas bertentangan dengan hukum syarak kerana ia menyekutukan Allah namun perbuatan ini berakar umbi dalam jiwa pengamalnya.
Tujuan ilmu pengasih yang diamalkan oleh lelaki mahupun wanita adalah untuk menampilkan wajah cantik atau menundukkan orang lain.
Maknanya apabila bertentangan mata dengan si pengamal tidak semena-mena jatuh kasih ataupun lemah hati.
Dalam sesetengah kes ia diamalkan untuk menguasai seseorang di mana perkataan yang terucap keluar akan menimbulkan belas atau kekaguman si pendengar.
Ilmu pengasih yang diamalkan oleh isteri supaya suami bertambah kasih dinamakan tilawah.
Masyarakat Melayu mengenalinya sebagai nasi tangas. Akibatnya suami seperti orang bodoh dan menurut apa sahaja kehendak isteri.
Lazim perkara ini dilakukan oleh isteri yang cetek agama dan jahil tentang hukum haram mengenai perbuatan kufurnya itu.
Susuk, antara ilmu sihir untuk menampilkan wajah awet muda, cantik menawan dan kebal.
Menurut pakar perbidanan tradisional, Oomi Jannah, susuk cukup terkenal di kalangan wanita yang enggan menerima hakikat kejadian manusia itu cukup indah di mata pencipta-Nya.
``Memang ada wanita moden yang masih mengamalkan pemakaian susuk walaupun tahu kesan yang akan dialami,'' katanya.
Kumpulan ini sebenarnya malas berusaha mengekalkan kecantikan sebaliknya inginkan serba menawan dalam sekelip mata.
Susuk dikategorikan dalam amalan sihir berupa bahan-bahan logam seperti jarum, serbuk emas, jarum tembaga, intan atau berlian dimasukkan ke dalam wajah atau tubuh yang disertai dengan jampi mantera tanpa mencederakan si pemakai.
``Selalunya untuk mencantikkan wajah, susuk ditanam di bahagian pipi, dagu ataupun bibir.
``Ada juga yang dimasukkan ke bahagian payu dara dan alat sulit atas tujuan mengikat nafsu suami daripada `makan luar','' katanya.
Susuk menaikkan seri lazim diamalkan oleh golongan bangsawan dan artis wanita. Lelaki pula memilih susuk untuk kebal, berani, tahan dipukul atau mampu mengalahkan lawan dengan mudah.
``Susuk diikat pantang larang, andai melanggarnya si pemakai akan mendapat wajah yang lebih hodoh daripada asal.
``Saya pernah menyaksikan azabnya seorang wanita yang memakai susuk untuk mengawal suami. Nazaknya ketika menghampiri maut terlalu seksa dan pedih,'' ceritanya.
Ia lebih mengharukan dan suasana kelam-kabut kerana bomoh yang memakaikan susuk telah pun meninggal dunia.
``Perkara aib begini seharusnya tidak berlaku di kalangan orang Islam,'' tegasnya kesal.
Oomi Jannah tidak menafikan, di kalangan artis paling popular untuk mendapatkan perkhidmatan susuk. Namun ilmu susuk tidak dipelajarinya dan selalunya beliau menyarankan wanita mandi bunga.
``Jangan sesekali menjadikan penyebab mandi bunga seseorang itu akan kelihatan cantik atau akan bertemu jodoh.
``Tujuan mandi bunga adalah untuk mengeluarkan aroma yang terdapat di dalam bunga dan sekali gus menyegarkan tubuh.''
Apabila segar, katanya, penampilan lebih meyakinkan dan ceria apabila berkomunikasi atau bertemu dengan orang.
Setiap bunga mempunyai keistimewaan aroma tersendiri. Seperti bunga melur tambahnya, mempunyai semangat pengantin baru dan mengeluarkan haruman semerbak.
``Wangian melur dapat menaikkan nafsu syhawat pengantin. Begitu juga cempaka dan tanjung, aromanya begitu memikat. Kita bukan percaya kepada bunga kerana ia syirik tetapi ambil baunya untuk haruman tubuh,'' pesannya.
Beliau menasihatkan untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
``Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam.
``Sebagai pendinding pula bacalah sebelum dan bangun tidur selawat 21 kali ke atas nabi, al-Fatihah, surah al-Ikhlash, An-Naas dan al-Falaq. Insya-Allah jika terkilas pun ilmu sihir mampu ditepis,'' sarannya
Tanda-Tanda Kiamat
Assalamualaikum...
Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan
hadis
1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a.,
katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
2. Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
4. Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang
mulia" -Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
10. Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
Thursday, September 15, 2005
Amalan-amalan di Hari Raya
Amalan-amalan yang digalakkan di pagi Hari Raya adalah seperti berikut:
1. Malam 1 Syawal dikenali sebagai "Lailatul Jiziyah" (malam
pengurniaan
hadiah). Muslimin dan muslimat digalakkan menghidupkan malam dengan
bersolat malam (tahajud, hajat etc), berdoa dan beristigfar . Dikatakan
Nabi sa.w akan mengejutkan ahli rumah termasuk anak-anaknya untuk
'menghidupkan' malam tersebut dengan beribadat.
2. Pada pagi 1 Syawal adalah digalakkan mandi sunat Hari Raya. Semasa
mandi
disunatkan
a. Membaca Bismillahirahmanirrahim
b. Berwudhu sebelum mandi
c. Menggosok badan dengan tangan
d. Menyilang rambut dan celah-celah anggota
e. Mulai membasuh kepala dan anggota disebelah kanan dahulu
f. Meniga-kalikan pembasuhan anggota badan
g. Beriring, yaitu tidak lama waktunya diantara membasuh
sebahagian
anggota di antara yang lain
3. Memakai pakaian terbaik (tidak semestinya baru) tetapi yang baik dan
kemas di Hari Raya
4. Makan berberapa biji kurma sebelum Solat Hari Raya Eidul Fitri.
Hikmahnya agar tidak disangka pada hari itu wajib berpuasa. Dari Anas
r...a
ia berkata " Rasulullah s.a.w tidak pergi pada Hari Raya fitrah
sehingga
beliau makan berberapa biji kurma". (Bukhari).
Dari Ibnu Buraidah dari Ayahnya ia berkata: " Rasulullah s.a.w tidak
keluar
pada Hari Raya Fitrah sehingga beliau makan. Dan beliau tidak makan
pada
Hari Raya Qurban sehingga beliau mengerjakan solat. (Ahmad & Tarmidhi).
Nota: Pada Hari raya Qurban disunatkan solat Hari Raya sebelum makan.
5. Lelaki dan Wanita digalakkan pergi ke masjid/tanah lapang (tempat
Solat
Hari Raya).
Dari Ummi Athiyah r.a. ia berkata: "Kami di perintah mengeluarkan
remaja-remaja putri dan wanita-wanita baligh pada dua Hari Raya agar
mereka
menyaksikan kebaikan, dan berdakwah kaum muslimin, tetapi wanita-wanita
haidh agar mnenjauh dari tempat solat".
6. Berjalan kaki menuju ke masjid agar lebih banyak langkah dan
kelihatan
syiar Islam
Dari Ali r.a ia berkata " Termasuk ajaran sunnah keluar ke tempat Solat
Eid
dengan berjalan kaki" (Tirmidhi)
7. Pastikan anda telah membayar zakat fitrah bagi diri dan keluarga.
Lebih
afdal membayar fitrah di tempat dimana anda tinggal.
8. Setelah tiba di masjid, kerjakan Solat Tahyatul Masjid dan kemudian
diulang-ulangkan bacaan takbir raya dengan mengeraskan suara sehingga
tiba
waktu solat.
9. Solat Hari raya dimulai dari terbit matahari sampai tergelincirnya.
Solat Hari Raya hukumnya Sunat Muakkad bagi laki-laki dan perempuan,
bermukim atau bermusafir. Boleh dilakukan sendirian dan sebaiknya
dengan
berjemaah.
10. Pergi/balik ke masjid megikut jalan lain.
Dari Jabir r.a. ia berkata " Rasulullah s.a.w di waktu Hari Raya
mengambil
jalan lain". (Bukhari)
11. Menunjukkan perasaan rasa suka ria di Hari Raya dengan mengunjungi
saudara-mara dan taulan.
Sarina bt Ismail,
Technical Services Dept,
Tel : 09-8312066
Wednesday, September 14, 2005
KISAH SENGAU
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu. "kenapa awak diam tadi? kesian dia..."
Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........" (macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)..."
MADE IN JAPAN
Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.
"Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tadi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.
"Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tu lagi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.
"Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast", kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.
Sampai di lapangan terbang.....ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..
"RM100 please..." kata pemandu teksi selamba.
"What? RM100? it's not that far from the hotel?", pelancong tu tak puas hati.
"Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast", jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.
SIDE A, SIDE B
Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba ! mencari dari mana datangnya arah suara itu.
Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi.
Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang. Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula......sambil menyanyi doktor itu terus bertanya, "Kenapa awak tadi terlentang....tapi sekarang meniarap pula?!"
Lalu pesaki! t itu menjawab, "Ooooo tadi Side A..ini Side B pulak."
Kekasihku Subuh
Assalamualaikum
Saya petik dari email buat renungan.
Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku. "Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.
Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu tempat.
Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.
"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.
"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".
Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.
"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.
Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh.
"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.
"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.
Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?
Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut.
Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.
"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.
"Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana
aku menguliti mimpimu". Dan aku akur dengan penjelasan Subuh.
"Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?" "InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Waalaikumsalam", jawabku kembali.
Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.
P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak?
Jawapannya... tersirat dalam diri.
Wednesday, July 20, 2005
Monday, July 18, 2005
Hackers, Spelling, and Grammar?By Cliff
Strom Carlson asks: "Over the last few years, I've noticed that a surprisingly large number of native English speakers, who are otherwise very technically competent, seem to lack strong English skills. Mostly, this seems to manifest itself as varying degrees of poor spelling and grammar: 'definately' instead of 'definitely'; 'should of' instead of 'should have'; and I even see the names of products and companies misspelled from time to time. It baffles me that a culture so obsessed with technical knowledge and accuracy can demonstrate such little attention to detail when it comes to communicating that knowledge with others, and it baffles me even more that many people become enraged when you attempt to help them correct and learn from their mistakes. Do hackers and geeks just not care about communicating effectively? Do they not realize that a mediocre command of written English makes them appear less intelligent? Am I missing something here?"
Thursday, July 14, 2005
Thursday, June 30, 2005
Bloglines - 'DVD Jon' Breaks Google Video Lock
| |||||
|
Bloglines - Hackers, Spelling, and Grammar?
| |||||
|
Bloglines - HLA: The High Level Assembly Programming Language
| |||||
|
Bloglines - Porting LinuxBIOS to the AMD SC520
| |||||
|
Bloglines - Microsoft Message Queuing Remote Buffer Overflow Exploit (MS05-017)
Bloglines - 06/29 eduKnoppix 2.1.2
eduKnoppix is an Italian educational distribution based on Knoppix, designed especially for teachers and pupils (age 12 up). eduKnoppix has two major features: it comes with a comprehensive range of various Mathematics packages, as well as resources to obtain the European Computer Driver's License ONLY with free software.
| |||||
Bloglines - 06/27 SUSE 9.3
SUSE LINUX is the international technology leader and solutions provider in Open Source operating system software. SUSE's unique expertise in Linux and its largest development team worldwide dedicated to Open Source software has contributed to the recognition of SUSE as the most complete Linux solution available today. With a workforce of more than 500 people worldwide, SUSE has offices throughout Europe, Latin America and in the United States, entirely focused on supporting the Linux community and Open Source development. SUSE LINUX was acquired by Novell, Inc in November 2003.
| |||||
Tuesday, June 28, 2005
Bloglines - Linux in Government: VMware Workstation 5
| |||||
|
Bloglines - Where the Net's wild things are
| |||||
|
Bloglines - Spy on your friends' guilty pleasures
| |||||
|
Bloglines - Yahoo! Orders Wikipedia Hardware
| |||||
|
Bloglines - SHOPTALK: One Chapter At A Time (AdWeek.com)
| |||||
|